Galeri Foto

KURSUS BANTUAN AWAL KECEMASAN DI AIR (SUNGAI KELANTAN)
Wakaf Bharu, 09 September 2023 – Lawatan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), YBrs. Tuan Haji Mohd Nawardi bin Saad ke Kursus Bantuan Awal Kecemasan di Air (Sungai Kelantan) anjuran Persatuan Penduduk Pasir Pekan Prihatin (5P).
Program tersebut dilaksanakan di Pengkalan Rakit Pasir Pekan, Kelantan dengan kerjasama srategik Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Tumpat, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Tumpat, Kementerian Belia dan Sukan Daerah Tumpat dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Negeri Kelantan.
Inisiatif Kerajaan melalui peruntukkan Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) Tahun 2023 kepada Persatuan Penduduk yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ini membolehkan pertubuhan melaksanakan pelbagai aktiviti kesukarelawanan untuk keselamatan komuniti setempat.
Penafian Dasar Privasi Dasar Keselamatan Perlindungan Data Peribadi Soalan Lazim
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox dan Google Chrome dengan resolusi skrin 1366x768.
Anda memerlukan perisian Adobe Flash Player dan Adobe Acrobat Reader untuk paparan sesetengah aplikasi di portal ini.
Dibangun dan disenggarakan oleh Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat.
Hakcipta Terpelihara © 2021 Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)
TOP